fbpx
KEBAKARAN besar kilang penapis utama di Geelong yang marak dapat dilihat dari jauh. – AGENSI

Kilang penapis minyak utama Australia terbakar, meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELBOURNE – Kebakaran besar berlaku di sebuah kilang penapis minyak utama di Melbourne, dengan orang ramai diminta kekal berada di dalam kediaman dan bangunan lain, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Beberapa letupan turut kedengaran dari Loji Penapisan Geelong sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) semalam.

Pihak Bomba mengeluarkan arahan berjaga-jaga untuk sebahagian besar Geelong serta menggesa penduduk berlindung di dalam rumah.

“Perubahan angin menyebabkan asap bertiup ke arah kawasan Geelong Utara,” kata kenyataan tersebut.

Kemudahan itu merupakan salah satu daripada cuma dua kilang penapis minyak yang beroperasi di Australia.

Ia membekalkan lebih 50 peratus bahan api negeri Victoria dan sekitar 10 peratus bahan api Australia secara keseluruhan.

Pengendali kilang tersebut, syarikat Viva Energy berkata, tahap kerosakan masih belum diketahui dan kemudahan itu masih beroperasi dengan kadar pengeluaran dikurangkan.

“Tiada kesan segera kepada bekalan bahan api, manakala syarikat menjangkakan untuk menggantikan sebarang pengeluaran yang hilang melalui program import bahan apinya,” kata Viva Energy dalam satu kenyataan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN