fbpx
Sivanesan bercakap pada sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Perak kekurangan pegawai perubatan, 106 penjawatan hakiki belum diisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Perak masih berhadapan isu kekurangan pegawai perubatan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di negeri ini dengan 106 kekosongan perjawatan hakiki belum diisi setakat Februari lalu.

Pengerusi Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A.Sivanesan berkata, merujuk kepada Health Facts 2025 terbitan Pusat Informatik Kesihatan KKM, nisbah doktor kepada pesakit di Malaysia adalah sebanyak satu doktor bagi 403 orang bagi setiap 1000 populasi.

“Di negeri Perak, nisbah doktor kepada 1,000 populasi penduduk adalah 1:466,” katanya bagi menjawab soalan Zafarulazhan Zan (PN-Kampong Gajah) yang ingin tahu sekiranya kerajaan negeri telah berbincang dengan KKM bagi menambah penempatan pegawai perubatan di hospital utama negeri.
Mengulas lanjut, beliau berkata, KKM sedia maklum akan keperluan optimum bilangan pegawai perubatan di negeri ini berdasarkan maklum balas keperluan sumber manusia dan penghantaran reten perjawatan secara bulanan yang dikemukakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak.

Sivanesan berkata, penambahan bilangan pegawai perubatan di semua hospital, khususnya hospital berpakar, diperlukan setiap tahun bagi memenuhi peningkatan beban kerja akibat pertambahan populasi, kompleksiti penyakit dan perluasan perkhidmatan perubatan di dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan rawatan kepada komuniti.

“Setiap tahun, Perak menerima penambahan waran perjawatan hakiki dan penempatan secara kontrak bagi pegawai perubatan di hospital-hospital dari KKM, namun ia masih tidak dapat memenuhi keperluan optimum.

“Isu ini dihadapi di semua negeri dan agihan penempatan pegawai perubatan bagi setiap negeri diputuskan oleh KKM mengikut had kelulusan sumber manusia yang diluluskan kepada KKM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata, JKN Perak akan terus berusaha dan berbincang dengan pihak KKM agar penambahan bilangan pegawai perubatan di negeri ini berada di tahap maksimum yang boleh dicapai pada setiap tahun khususnya di hospital berpakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN