fbpx
Tangkap layar kejadian melibatkan sebuah kereta dan pejalan kaki di Jalan Bunga Mawar, Taman Muda hari ini.

[VIDEO] Rempuh pejalan kaki, pemandu kereta diminta tampil bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Polis menggesa pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan dengan seorang pejalan kaki di Jalan Bunga Mawar, Taman Muda, di sini hari ini, tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pukul 12.39 tengah malam itu, mangsa yang sedang melintas berhampiran lintasan pejalan kaki cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, semasa kejadian, sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti dari arah sebelah kanan terus melanggar mangsa.

“Kesan dari pelanggaran, mangsa telah tercampak ke tengah jalan dan mengalami kecederaan parah.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang oleh pihak ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tanbahnya, mana-mana saksi bebas yang melihat kemalangan diminta untuk tampil bagi membantu siasatan atau boleh hubungi pihak polis di talian 03-92740112.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN