fbpx
ARIF Aiman berada dalam skuad JDT ke Jeddah untuk bertemu Al-Ahli biarpun tahap pemulihannya masih belum disahkan.

ACLE: Arif Aiman ada peluang beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN paling bernilai Liga Malaysia (Liga M), Arif Aiman Hanapi berpeluang untuk beradu dengan ramai pemain bertaraf dunia selepas sah menguatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang aksi bertemu Al-Ahli pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Jumaat ini.

Sebagai rekod, harapan peminat untuk melihat Arif Aiman buat kali pertama dalam tempoh lebih enam bulan semakin cerah selepas pemain berusia 24 tahun itu turut menyertai skuad Harimau Selatan yang tiba di Jeddah, Arab Saudi semalam.

Kelibat Arif Aiman pastinya mencuri perhatian memandangkan pemain ketiga Terbaik Asia dalam Anugerah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2025 itu sudah lama tidak beraksi sejak mengalami kecederaan ketika Harimau Malaya pada November lepas.

Sekiranya Arif Aiman diturunkan dalam skuad utama pasukan bimbingan Xisco Munoz itu, sudah pasti ia bakal menjadi pertembungan menarik untuk disaksikan oleh peminat bola sepak tanah air.

Ini kerana Arif Aiman berpotensi untuk menentang ramai pemain berkelas antarabangsa yang mewakili Al-Ahli seperti Riyad Mahrez, Ivan Toney, Franck Kessie dan tonggak di posisi benteng seperti Roger Ibanez dan penjaga gol, Edouard Mendy.

Pada minggu lalu, Munoz melancarkan perang psikologi apabila mendedahkan Arif Aiman tidak akan menyertai pasukan kerana masih dalam proses pemulihan.

Difahamkan, barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Munoz dan ketua pegawai eksekutif JDT, Luis Garcia sudah tiba di Jeddah lebih awal kerana mahu menyaksikan perlawanan antara Al-Ahli menentang Al-Duhail, kelmarin.

JDT sudah beraksi dalam kejohanan peringkat kelab paling berprestij di Asia itu sejak 2019 buat pertama kalinya lolos ke peringkat suku akhir dengan menyingkirkan kelab pilihan, Sanfrecce Hiroshima, bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN