fbpx
Imej satelit dirakam pada 12 Februari 2025 menunjukkan kemudahan pengayaan uranium Fordow di selatan Tehran. - AFP

AS desak Iran henti program pengayaan uranium 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mendesak penggantungan selama 20 tahun terhadap program pengayaan uranium Iran sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk menamatkan perang, lapor media tempatan semalam, selepas Washington dan Tehran gagal mencapai persetujuan dalam rundingan di Pakistan.

Presiden Donald Trump melancarkan perang pada 28 Februari lalu dengan alasan bahawa Iran sedang membangunkan bom nuklear yang dinafikan Tehran. Beliau berikrar untuk tidak akan membiarkan Republik Islam mendapatkan senjata nuklear.

Naib Presiden, JD Vance meninggalkan rundingan pada hujung minggu lalu dengan tangan kosong, di samping beberapa perkara yang sukar mencapai persetujuan termasuk membebaskan Selat Hormuz dan program nuklear Iran.

Akhbar Wall Street Journal ketika memetik pegawai yang rapat dengan rundingan di Islamabad melaporkan bahawa Washington meminta Tehran agar bersetuju untuk tidak memperkayakan uranium selama 20 tahun.

“Jeda 20 tahun itu akan disertai dengan pelepasan sekatan,” katanya.

Iran pula mencadangkan untuk menggantung aktiviti nuklearnya selama lima tahun, lapor akhbar The New York Times.

Cadangan yang dilaporkan itu menjadi versi yang dilonggarkan daripada tuntutan Trump sebelum ini agar Iran secara kekal melepaskan cita-cita nuklearnya.

Pada tahun 2018, Trump menarik diri daripada apa yang beliau sebut sebagai pakatan sebelah pihak yang menarik balik sekatan ke atas Iran sebagai pertukaran untuk jaminan bahawa Tehran tidak akan menghasilkan bom atom. 

Iran sebelum ini menolak sekatan ke atas haknya untuk memperkayakan uranium dalam apa yang ditegaskannya sebagai program nuklear awam. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN