fbpx
Tiga suspek termasuk seorang wanita direman enam hari bagi membantu siasatan kematian seorang budak lelaki disyaki didera keluarga angkat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Budak lelaki tiga tahun maut disyaki didera keluarga angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang budak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa penderaan keluarga angkatnya di Kampung Banggol Katong di sini semalam.

Tiga ahli keluarga angkatnya iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 30-an hingga 50-an telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, penahanan tersebut berikutan laporan dibuat pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bukit Payong, Marang pada pukul 3.46 petang semalam.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dikejarkan ke klinik kesihatan berkenaan. Pemeriksaan kemudiannya mendapati kanak-kanak lelaki sudah tidak bernafas, tiada bacaan oksigen, tidak memberi reaksi anak mata serta tiada degupan jantung sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, pegawai perubatan terlibat menaruh curiga apabila pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa selepas itu menemukan kesan lebam dan luka pada beberapa bahagian badan termasuk dada kiri, kedua-dua paha serta betis kanan.

Beliau berkata, tubuh kanak-kanak lelaki itu juga mempunyai kesan bengkak dan gelembung air yang menunjukkan kemungkinan berlakunya jangkitan kuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN