fbpx
Syed Ibrahim - GAMBAR HIASAN

Kerajaan kekal kawal harga, kurangkan beban rakyat – Syed Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dalam suasana ketidaktentuan ekonomi dunia yang dipacu krisis tenaga global, kerajaan kekal komited memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara melalui pendekatan berhemah, telus dan bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, keperluan tenaga domestik negara kini berada pada tahap tinggi dengan penggunaan minyak mentah mencecah sekitar 700,000 tong sehari.

Menurutnya, jumlah itu jauh melebihi pengeluaran tempatan yang hanya sekitar 350,000 tong sehari sekali gus mewujudkan jurang besar dalam bekalan tenaga negara.

“Jurang ini menuntut kebergantungan kepada import bagi memastikan kelangsungan bekalan petrol, diesel, LPG serta bahan api pesawat yang menjadi nadi pergerakan ekonomi dan kehidupan harian rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan, menyedari cabaran tersebut, Kerajaan Madani telah mengambil langkah proaktif dan strategik bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil serta mencukupi.

“Pada masa sama, mekanisme harga terus dikawal agar tidak membebankan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Tambah beliau, pelaksanaan subsidi bersasar bukan sahaja memastikan bantuan sampai kepada golongan layak, malah membantu mengurangkan ketirisan dalam sistem sedia ada.

“Pendekatan ini selaras dengan prinsip Madani yang menekankan keseimbangan antara kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan terus memperkukuh dasar tenaga negara dengan memberi fokus kepada aspek kelestarian, kecekapan serta keselamatan bekalan dalam jangka panjang.

“Langkah ini penting bagi memastikan Malaysia kekal berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN