LIGA Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPL MY) terus mengukuhkan kedudukan sebagai platform utama e-sukan tempatan apabila secara rasmi mengumumkan Anugerah Musim Ke-17 MPL MY sempena Minggu Pembukaan Regular Season baru-baru ini. Penganjuran anugerah ini mencerminkan usaha berterusan MPL MY dalam mengiktiraf kecemerlangan bukan sahaja dalam kalangan pemain profesional, tetapi juga keseluruhan ekosistem yang menyokong perkembangan liga termasuk bakat siaran seperti pengulas dan penganalisis, pencipta kandungan serta pihak industri. Menurut pengumuman rasmi, rangka kerja anugerah ini diperluaskan bagi mengiktiraf……














