PETALING JAYA – Gelagat seorang pekerja sebuah pasar raya menyusun barangan basah di sebuah pasar raya sehingga dilabel sebagai ‘Obsessive-Compulsive Disorder’ (OCD).
Menerusi satu hantaran di Threads oleh Nadineaureli4, dia berkongsi sekeping gambar menunjukkan sejumlah ikan disusun mengikut baris dengan sempurna di atas hamparan ais.
“Pekerja ini OCD ke terlebih rajin? Atau ini definisi ‘I love my job’?,” katanya.
Rata-rata pengguna media sosial berasa kagum dengan usaha individu tersebut, malah ada yang berseloroh berasa serba salah untuk mengambil ikan kerana tidak mahu ‘merosakkan’ kedudukan haiwan laut tersebut.
“Nak ambil tidak sampai hati sebab orang dah susun cantik,” kata Meck1042.
“Macam ini takutlah nak beli ikan,” seloroh Itsarmeria pula.
Terdapat pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman sama ketika mengunjungi sebuah pasar raya dan tertarik melihat kreativiti para pekerja ketika menyusun barangan basah.
Menurut Ighfann, susunan tersebut dilakukan dengan pelbagai cara yang unik termasuk barisan yang kemas atau bulatan yang estetik.
“Setiap kali pergi mesti nak tengok mereka susun macam mana. Kadang-kadang susun sebaris, kadang-kadang bulatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE














