fbpx
PRESIDEN TRUMP

Trump arah kepung Selat Hormuz, tiada kapal boleh keluar masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump hari ini menyatakan bahawa Amerika Syarikat akan menyekat Selat Hormuz selepas rundingan yang diadakan di Pakistan untuk menamatkan perang dengan Iran menemui jalan buntu.

“Berkuat kuasa serta-merta, Tentera Laut Amerika Syarikat yang terbaik di dunia, akan memulakan proses menyekat mana-mana dan semua kapal yang cuba memasuki, atau meninggalkan, Selat Hormuz,” kata Trump dalam kenyataan di platform rasminya, Truth Social.

“Sekatan tersebut akan bermula dalam masa terdekat. Negara-negara lain akan terlibat dengan sekatan ini. Iran tidak akan dibenarkan mendapat keuntungan daripada tindakan pemerasan haram ini,” tambahnya, merujuk kepada tindakan Iran mahu mengenakan tol terhadap kapal-kapal tangki yang melalui Selat Hormuz. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN