fbpx
Keratan Kosmo! Online mengenai laporan rungutan pemandu bas dan van sekolah tentang kuota Budi95.

Pengusaha bas, van sekolah boleh mohon fleet card – KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengusaha bas dan van sekolah yang berdepan tekanan kos bahan api kini boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan mereka layak memohon kemudahan fleet card.

“Pengusaha bas dan van sekolah yang memenuhi kriteria boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kemudahan fleet card bagi menampung keperluan penggunaan bahan api mereka,” kata KPDN ketika dihubungi Kosmo!.

Perkara itu dimaklumkan susulan rungutan kira-kira 2,000 pengusaha yang terkesan dengan had kuota subsidi menerusi program Budi Madani RON95 (Budi95).
Terdahulu, Kosmo! melaporkan golongan berkenaan berdepan tekanan kos operasi apabila penggunaan petrol mereka dianggarkan mencecah sehingga empat kali ganda daripada kuota subsidi 200 liter sebulan yang ditetapkan.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat dipetik berkata, keperluan sebenar bagi sesebuah kenderaan sekolah boleh mencapai sekitar 800 liter sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN