fbpx
Wan Rosdy berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang 2026 di Dewan Merdeka, WTCKL hari ini. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

Ramai mohon masuk semula UMNO, indikator positif – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jumlah bekas ahli yang menyatakan hasrat untuk kembali menyertai UMNO dilihat semakin meningkat apabila ramai yang didakwa sedang dalam proses rayuan untuk menyertai semula parti itu.

Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah tepat permohonan belum dapat dipastikan kerana proses masih berjalan.

“Sedang dalam proses. Angka tepat tak ada, tapi adalah yang nak masuk. Yang Pahang sendiri pun ada,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Menurutnya, perkembangan itu memberi petunjuk positif terhadap sokongan terhadap UMNO ketika ini.

“Nanti kita kongsikan. Yang penting ramai yang nak masuk balik ya. Satu indikator yang baik,” ujarnya.

Tambah beliau, peningkatan permohonan tersebut dilihat sebagai isyarat keyakinan ahli terhadap hala tuju parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN