fbpx
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dua rumah di Kampung Buluh Gading, Manir, Kuala Terengganu semalam.

Rumah musnah terbakar sewaktu keluar mencandat sotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Dua keluarga yang mempunyai hubungan kekeluargaan tinggal sehelai sepinggang setelah rumah masing-masing terletak bersebelahan musnah dalam kebakaran di Kampung Buluh Gading, Manir, di sini malam tadi.

Kebakaran pada pukul 9.30 malam itu turut menyebabkan Norhaslina Awang, 52, melecur pada bahagian jari.

Abang Norhaslina, Wahid, 66, berkata, dia yang menetap di Gong Badak, Kuala Nerus bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan kebakaran tersebut.
“Rumah sebelahan adik saya, Norhaslina dihuni anak saya, Mohd. Izat, 37, bersama isteri dan dua anak mereka yang berusia empat dan lapan tahun.

“Sewaktu kebakaran, mereka tiada di rumah kerana sedang mencandat darat sotong di pantai berhampiran,” katanya ketika ditemui di Kampung Buluh Gading di sini hari ini.

Wahid berkata, adiknya, Norhaslina pula melecur pada bahagian jari sewaktu cuba menyelamatkan barangan berharga di dalam rumahnya yang sedang marak terbakar.

Katanya, keadaan adiknya kini stabil setelah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN