fbpx
Faizan (kiri) ketika menyerahkan memorandum kepada wakil Rafizi di pejabatnya hari ini.

Pengasas PKR, aktivis desak Rafizi bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Beberapa aktivis politik termasuk pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong menuntut agar Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk bersara awal daripada arena politik.

Menurut salah seorang aktivis, Faizan Mohd. Nor, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi dilihat gagal melaksanakan tugas, seterusnya
perlu mengambil tanggungjawab untuk bersara sepenuhnya daripada dunia politik.

“Cukup-cukuplah porak-perandakan negara ini demi cita-cita politik kamu.

“Selepas gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15), beliau juga dilihat tidak berjaya memajukan negara ketika menjawat jawatan Menteri Ekonomi,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Faizan pernah menasihatkan Rafizi supaya bersara daripada politik selepas pelbagai pihak melabelkan beliau sebagai menteri yang gagal serta liabiliti kepada partinya sendiri.

Sementara itu, menurut Lum Yong, Rafizi digambarkan sebagai menteri paling gagal sejak mula dilantik sebagai Menteri Ekonomi pada Disember 2022 sebelum meletak jawatan pada Jun 2025.

“Berdasarkan pemerhatian dalam tempoh hampir tiga tahun itu, Rafizi telah membuktikan kepada umum bahawa beliau gagal untuk menunaikan janji-janji manifesto Pakatan Harapan untuk PRU15 selain tidak melakukan apa-apa reformasi ekonomi semasa menjadi menteri.

“Banyak formula ekonomi yang dirangka juga tidak dilaksanakan untuk kepentingan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN