fbpx
Keadaan minyak yang tumpah di laluan dari lampu isyarat Bulatan Lumba Kuda sehingga ke bulatan menghala ke arah Lebuh Raya Sungai Besi hari ini. Foto FACEBOOK KLCCC DBKL

Minyak tumpah di Lebuh Raya Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu insiden tumpahan minyak berskala besar dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Bukit Jalil hari ini.

Pusat Kawalan Pintar Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, kejadian itu dikesan kira-kira pukul 12.56 tengah hari tadi.

Katanya, kejadian tumpahan minyak itu melibatkan laluan dari lampu isyarat Bulatan Lumba Kuda hingga ke bulatan menghala ke arah Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya).

“Bomba (berada) di lokasi. Pasukan unit kecemasan DBKL di lokasi,” katanya.

KLCCC DBKL berkata, kerja-kerja menabur habuk kayu di sepanjang laluan dilakukan pasukan terlibat dan selesai kira-kira sejam kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN