fbpx
LELAKI Korea Selatan (tengah) ditahan bersama anak serta wanita Filipina dalam serbuan di kawasan perumahan elit di Horizon Hills, Iskandar Puteri, semalam. Foto JIM

Lelaki Korea hidup mewah rupanya ‘wanted’ kes tipu RM9.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki warga Korea Selatan yang dikehendaki di negara asal kerana kes penipuan melibatkan kerugian kerugian kira-kira KRW 3.5 bilion (RM9.4 juta) dikesan menjalani kehidupan mewah di sebuah kawasan elit di Horizon Hills di sini.

Lelaki berusia 49 tahun itu dipercayai berselindung di Malaysia dengan menggunakan Pas Penggajian disyaki palsu bagi membolehkannya terus menetap tanpa dikesan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, kegiatan suspek terbongkar hasil risikan dan maklumat awam sebelum sepasukan pegawai JIM melakukan serbuan di kediaman terbabit, semalam.
Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, suspek didapati berada di dalam rumah bersama isterinya yang merupakan warga China berusia 45 tahun serta dua anak lelaki mereka masing-masing berumur 12 dan 20 tahun.

“Turut ditemui di kediaman tersebut ialah seorang wanita warga Filipina yang dipercayai bekerja sebagai pembantu pembersihan yang bekerja secara harian di rumah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap status keberadaannya di negara ini.

“Semakan sistem Jabatan Imigresen Malaysia kemudiannya mengesahkan lelaki berkenaan merupakan individu yang dikehendaki di Korea kerana terlibat dalam kes penipuan membabitkan kerugian kira-kira KRW 3.5 bilion (RM9.4 juta),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rusdi berkata, wanita warga Filipina itu turut didapati melakukan kesalahan tinggal lebih masa selepas tempoh pas lawatannya tamat.

Jelasnya, kedua-dua individu terbabit yang masing-masing direman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN