KUALA LUMPUR – Upbound telah melancarkan minuman hidrasi prestasi pertamanya di Malaysia yang menggabungkan 12 ramuan berprestasi tinggi dalam satu formula dengan memiliki kelebihan tanpa kafein, gula dan ‘crash’ menjadikan ia sebagai produk popular yang mendapat tempat dalam kalangan pengguna muda.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wilson Lee berkata, produk minuman tersebut telah diformulasikan untuk meningkatkan tahap kesihatan penggunanya tanpa berhadapan dengan masalah dihidrasi.
Bagi mengukuhkan lagi jenamanya, syarikat telah menganjurkan Kempen Train. Reset. Go Again yang menandakan pengembangan strategi ‘Pergi kepada Pasaran’ (GTM) yang mana ia adalah aspirasi Upbound untuk berkembang merentasi pelbagai titik sentuhan gaya hidup bagi memenuhi keperluan pengguna dalam kerja, latihan dan kehidupan seharian.
“Strategi Runcit memfokuskan kepada pembelian berulang dan pendekatan GTM
Upbound akan memberi tumpuan kepada penempatan runcit yang memiliki kekerapan tinggi
dan mudah dilihat bagi menjadikan Upbound mudah diperoleh sebagai keperluan
harian.
“Ia turut disokong oleh paparan produk yang jelas menyampaikan mesej
utama: 0 kafein. 0 gula. 0 crash,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Lee menjelaskan, pelancaran kempen terbaharu itu juga telah direka untuk mencerminkan hala
tuju Upbound melalui empat konsep iaitu Upbound Market, Upbound Fuel Bar, Upbound
Melts dan Upbound Studio. -KOSMO! ONLINE














