fbpx
Gambar hiasan.

255 operasi kesan pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan sebanyak 255 operasi membabitkan kes pemandu mabuk di seluruh negara sejak Januari hingga Mac lalu.

JSPT dalam hantaran di Facebook berkata, sebanyak 238 pertuduhan telah dibuat terhadap individu yang melanggar peraturan tanpa sebarang kompromi.

“Pihak JSPT mengambil 100 peratus tindakan undang-undang dan tiada kompromi terhadap pemandu mabuk yang berisiko memberi kesan kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.

Menurut JSPT, operasi itu dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, selain mencegah pemandu di bawah pengaruh alkohol dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya alkohol.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM10,000, penjara sehingga dua tahun serta penggantungan lesen memandu selama dua tahun jika sabit kesalahan.

“Tiada alasan, tiada pengecualian dan penguatkuasaan akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang memandu dalam keadaan mabuk. Jika minum, jangan memandu. Ambil langkah bijak menggunakan perkhidmatan e-hailing atau pemandu alternatif,” katanya.

Tambahnya, memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah merupakan satu jenayah serius yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam nyawa pengguna jalan raya lain serta boleh membawa kepada kematian, kecederaan parah dan kecacatan kekal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN