fbpx
ELLIE mendedahkan Que pernah bertemu dengannya kerana mahu meluahkan rasa rindu terhadap dunia lakonan.

‘Que pernah jumpa saya secara rahsia, luah rindu nak berlakon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Ellie Suriaty mendedahkan aktor Que Haidar sanggup mengorbankan kerjaya seninya selama 16 tahun demi keluarga tercinta.

Menerusi satu hantaran dalam Threads, Ellie mendakwa terdapat wanita yang dipercayai bekas isteri Que mengawal segala perkara berkaitan kerjaya seni aktor berkenaan.

“Oh ‘dear’ Que, dia berada di kemuncak kerjayanya ketika berkahwin.

“Dia mengorbankan 16 tahun untuk melayan paranoia dan membesarkan anak-anak supaya mereka membesar dalam suasana positif di sekelilingnya.

“Dia (wanita itu) akan mengamuk jika Que berkeras mahu menerima tawaran kerja,” katanya dalam ruangan komen satu hantaran Threads hari ini.

Dakwa Ellie lagi, wanita itu turut meletakkan syarat iaitu tiada pelakon wanita terlibat dalam mana-mana projek yang dilakukan Que.

“Kalau pun Que mahu pergi penggambaran, dia hanya membenarkan jika semua pelakon dalam senarai adalah lelaki.

“Tiada aktres dibenarkan berlakon dengannya, walaupun pelakon tambahan,” katanya lagi.

Paling membuatkan ramai simpati, Que juga pernah bertemu dengan Ellie tanpa pengetahuan sesiapa untuk meluahkan rasa kerinduan terhadap dunia seni.

“Dia pernah berjumpa saya secara rahsia 12 tahun lalu untuk beritahu dia sangat merindui kerjayanya sebagai pelakon,” katanya lagi.

Ellie bagaimanapun tidak menyatakan mana-mana nama selain netizen menzahirkan rasa simpati terhadap Que atas pengorbanan yang dilakukan untuk keluarganya.

Semalam, bekas isteri Que iaitu Linda Jasmine memberi bayangan seolah-olah dia bercerai dengan Que pada Julai 2024 disebabkan mahu melindungi anak-anak mereka daripada kejahatan.

Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN