fbpx
AMIR, Aisha, Dayang dan Balck antara yang bakal berentap pada AJL40SA nanti.

Amir Masdi, Black, Dayang berentap di AJL40SA, Alpha gagal mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 20 lagu bakal bersaing di pentas Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40SA) pada 17 dan 18 April depan.

Stesen televisyen TV3 dalam satu kenyataan berkata, karya-karya itu dipilih daripada 30 lagu terbaik sepanjang carta Muzik Muzik 40 (MM40) hasil penilaian barisan juri profesional.

SEBANYAK 20 buah lagu bakal bersaing sengit di pentas Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 40 pada 17 dan 18 April depan.

Antara yang bakal memberi persaingan sengit ialah Amir Masdi menerusi lagu Nurcinta, Hijab Rindu (Black Hanifah), Lemah (Dayang Nurfaizah), Nostalgila (Haqiem Rusli), Seribu Tahun Lagi (Imran Ajmain) dan Tangisan Seorang Pendosa nyanyian Marsha Milan.

Tak Adil (Aisha Retno), Semacam Pandora (Hazama), Rasa Dan Takdir (Amira Othman dan Irfan Haris), Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie), Hilangmu Tak Terganti (Tajul dan Afieq Shazwan) juga antara yang bakal merebut tempat ke pentas AJL40 tahun ini.

Tidak terhenti di situ, Kerana Ego (Khai Bahar), Pernah Punya Aku (Shila Amzah), F (Floor 88), Tiwikarma (K.O.I) (Tiwikarma) dan Puaskah (Ameerais dan Mariam Saim) turut berentap.

Sementara, Kamu dendangan (Aina Abdul), Menyala (Stacy), Ke Mana Ni (Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik) dan Lumangad Oku Dika (Ryenald Guntabid) antara yang bertanding.

Namun di sebalik debaran tersebut, beberapa lagu popular yang diramal berjaya meloloskan diri ke pentas AJL40SA gagal menjadi realiti seperti Gasoline dendangan Akim & The Majistret, Peluk (Hael Husaini & Nadeera), P Ramlee Saloma (kumpulan ALPHA), Renjana (Shiha Zikir), Hamba Cinta (Syamel) dan Kopi oleh Nazu & Fahimi.

Separuh Akhir AJL40 bakal bersiaran secara langsung dari Studio 1 Glenmarie pada 17 dan 18 April 2026 (Jumaat, Sabtu) pukul 9.00 malam di TV3 serta strim secara eksklusif menerusi platform Tonton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN