fbpx
Tangkap layar kejadian tersebut.

[VIDEO] ‘Sengaja lompat depan kereta ke?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu rakaman kamera papan pemuka memaparkan seorang individu dipercayai sengaja melompat di hadapan sebuah kereta mengundang kecaman orang ramai selepas tular di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di platform X, insiden itu didakwa berlaku di hadapan Wisma Maria, Johor Bahru kira-kira pukul 3.43 petang, kelmarin.

Rakaman menunjukkan seorang individu berada di lorong tengah cuba untuk melompat di hadapan sebuah kereta lain namun gagal.

Namun melihat sebuah kenderaan yang keluar dari susur kiri, individu tersebut terus bertindak melompat ke hadapan kereta itu sebelum pemandu dengan pantasnya mengelak memasuki lorong kanan.

Keadaan individu tersebut yang terbaring atas jalan raya bagaimanapun tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan itu sebagai berbahaya dan dipercayai mempunyai unsur penipuan bagi tujuan tuntutan insurans.

“Sebaiklah ada rakaman kamera ni. Ni modus operandi biasa nak tuntut insurans ni,” komen seorang pengguna.

“Scam insurans ni dah masuk Malaysia. Dulu banyak video orang melompat macam ni berlaku di China je,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN