fbpx
Tujuh kereta jenis half-cut musnah dalam kebakaran di sebuah pusat memandu di Jalan Kuang, Sungai Buloh, malam tadi. - Foto JBPM

7 kereta ‘half-cut’ hangus di pusat memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Tujuh buah kenderaan hangus dalam kejadian kebakaran di sebuah pusat memandu di Jalan Kuang Sungai Pelong, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.45 malam.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh tiba di lokasi 10 minit kemudian. Kebakaran melibatkan tujuh kereta jenis hatchback yang musnah 95 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan mangsa atau kerosakan struktur bangunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN