fbpx
Mendiang Liong Sik

Bekas Menteri Pengangkutan, Liong Sik meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 82 tahun pagi ini.

Bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker yang memaklumkan perkara itu berkata, mendiang Liong Sik merupakan seorang negarawan yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Menurutnya, pemergian tokoh berkenaan menandakan berakhirnya satu era penting dalam perjalanan moden Malaysia memandangkan jasa dan kepimpinan Liong Sik yang besar dalam pelbagai aspek.
“Beliau bukan seorang pemimpin yang gemar retorik, sebaliknya dikenali dengan pendekatan konsisten, pragmatik serta komitmen tinggi terhadap kestabilan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Lian Ker berkata, Liong Sik ketika memegang jawatan Menteri Pengangkutan memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan infrastruktur dan sistem pengangkutan negara.

Katanya, Malaysia ketika itu menyaksikan perkembangan pesat dalam sektor pelabuhan, penerbangan serta pemodenan logistik sekali gus meletakkan negara sebagai hab perdagangan serantau.

“Antara legasi paling signifikan beliau ialah penglibatan dalam merealisasikan Port of Tanjung Pelepas yang kini muncul sebagai antara pelabuhan pemindahan tersibuk di Asia Tenggara,” katanya.

Lian Ker turut menyifatkan Tun Ling sebagai seorang pemimpin yang merendah diri dan sentiasa tenang dalam menghadapi cabaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN