fbpx
Anwar menerima kunjungan seramai 40 lepasan SPM di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Anwar terima kunjungan 40 lepasan SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan seramai 40 pelajar yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari pelbagai sekolah dari seluruh Malaysia.

Anwar berkata, turut serta dalam kunjungan di Pejabat Perdana Menteri tersebut adalah pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

“Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang meraikan 40 orang pelajar yang baru sahaja menerima keputusan SPM. Saya zahirkan ucapan tahniah atas keputusan yang diperoleh,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, walau apapun keputusan SPM yang diterima, usaha dan perjalanan jauh pelajar terbabit memerlukan kesabaran dan tekad bersungguh-sungguh dalam setiap bidang yang akan diceburi kelak.

Menurutnya, beliau juga berkongsi pandangan dengan mereka selain kecemerlangan akademik, kekuatan nilai dan akhlak juga penting dalam membina masa depan yang lebih baik.

“Saya juga kongsi cabaran geopolitik semasa yang dihadapi dunia khususnya isu ekonomi

“Anak-anak juga diingatkan sentiasa mengambil berat dan patuh kepada pesanan baik ibu bapa dan pada yang sama peka dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan akan melakukan segala ikhtiar sebaik mungkin dalam menyediakan peluang kepada seluruh pelajar dalam menyediakan masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Saya doakan seluruh anak-anak lepasan SPM diberikan kekuatan, kecekalan diri dan kemahuan yang kuat untuk menjadi lebih baik daripada apa yang terima hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN