fbpx
Tangkap layar hantaran video pengguna di media sosial berkenaan dengan insiden ini.

Rider terjatuh angkara kontraktor tebuk jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan terjatuh dengan beg makanan yang dibawa tercampak atas jalan disebabkan permukaan jalan tidak rata dalam kejadian di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Kejadian itu dikatakan berlaku selepas tayar motosikalnya tersangkut di celah korekan ‘micro trenching’ yang dibiarkan terbuka tanpa sebarang papan tanda amaran.

Disebabkan kejadian itu, orang ramai meluahkan rasa berang terhadap kualiti turapan jalan yang secara terang-terangan boleh merisikokan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal.

Pengguna akaun Zikrl_ mendakwa keadaan jalan berbahaya itu telah berlarutan selama hampir seminggu di lokasi tersebut sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Kerja ‘micro trenching’ ini selalunya ada kelulusan agensi. Mangsa patut buat laporan polis dan saman kontraktor atau agensi yang terlibat,” cadang Apeet_d.

“Kesian penunggang motosikal dan basikal. Lebih kesian tengok penghantar makanan cari rezeki selepas itu ditimpa kemalangan begini akibat kecuaian (pihak lain),” kata Starfaizah.

Beberapa pengguna lain turut memaklumkan pihak kontraktor sudah mula melakukan kerja-kerja turapan di lokasi sejurus selepas insiden tersebut tular di media sosial.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.

Orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut dan mangsa yang terlibat dinasihatkan untuk segera membuat laporan polis bagi memudahkan urusan atau tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN