fbpx
Penampilan Reen mendapat pujian netizen yang senang melihat imej baharunya itu.

Balik umrah, Reen Rahim kini bertudung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Reen Rahim mencuri tumpuan ramai selepas tampil berhijab ketika menghadiri tayang perdana filem Gayong 2 semalam.

Hadir ditemani suami, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahimal, 38, anggun menggayakan abaya hitam lengkap berhijab.

Penampilan pelakon filem Sue-On itu mendapat pujian netizen yang senang melihat imej baharunya itu.

“Masya-Allah cantiknya bila Reen berhijab. Berseri lain macam. Tolong kekalkan imej sebegini,” komen netizen.

Reen dilihat mula memakai hijab sejak menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

Selepas pulang dari Tanah Suci, dia dilihat selesa memakai selendang termasuklah ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Bagaimanapun semalam merupakan kali pertama dia dilihat berhijab penuh dan tampil dalam majlis hiburan yang dihadiri oleh ramai tetamu dalam kalangan penggiat industri seni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN