fbpx
Sultan Ibrahim berkenan mengadakan pertemuan bersama Anwar di Istana Bukit Tunku, hari ini. FOTO FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Sultan Ibrahim terima taklimat ekonomi, keselamatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa ekonomi dan keselamatan negara dalam satu pertemuan di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat kos sara hidup serta langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan.

“Selain itu, taklimat turut menyentuh aspek keselamatan negara meliputi keselamatan dalam negeri, kawalan sempadan serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan.

“Baginda turut mengambil maklum langkah berjimat yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha memperkukuh kedudukan kewangan negara,” kata hantaran itu hari ini.

Dalam pada itu, baginda bertitah bahawa pendekatan berhemah dalam perbelanjaan awam adalah penting bagi memastikan sumber negara diurus secara cekap dan berkesan, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu.

“Sesi taklimat berkenaan mencerminkan keprihatinan baginda terhadap perkembangan semasa negara,” ujarnya.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN