fbpx
HUDA Rasheeda (tengah) yang merupakan CBPK bersama rakan yang mengambil keputusan SPM 2025 di SMA Darusaadah di Titi Besi, Alor Setar hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

Dua pelajar autistik antara 715 cemerlang SPM di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Dua calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang mengalami masalah pembelajaran antara yang meraih keputusan cemerlang yang diumumkan hari ini.

Yousef Mohd Hazril Munir yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Sungai Petani dan Nur Zahra ‘Arifah Abd Rahman dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Islahiah, Mahang berjaya memperoleh keputusan 10A.

Pengarah Pendidikan Kedah, Abd. Rahim Mat berkata, turut cemerlang ialah calon SMA Darusaadah, Huda Rasheeda Rosli yang merupakan CBPK kurang upaya fizikal.

“Bilangan CBPK yang menduduki SPM 2025 di Kedah adalah seramai 133 orang. Daripada jumlah itu, seramai 110 orang atau 97.35 peratus layak menerima sijil berbanding 77 calon pada tahun 2024.

“Angka ini menunjukkan peningkatan 33 orang atau 35.25 peratus. Kejayaan ini dicapai melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan antaranya bengkel sinergi SPM, Langkah Gemilang MBPK dan bengkel khas pecutan akhir calon MBPK khusus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN