fbpx
Aliff Syukri menghadiri prosiding itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam. -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

Video Kelepok Raya: Pengurusan kes rayuan pembebasan Aliff Syukri ditetapkan 19 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan 19 Mei ini bagi pengurusan kes mendapatkan alasan penghakiman berhubung pembebasan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman daripada empat tuduhan memuat naik kandungan video sumbang ‘Kelepok Raya’.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Faten Hadni Khairuddin berkata, tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar, Nadia Nisman selepas pihaknya memfailkan notis rayuan keputusan tersebut pada September lalu.

Jelasnya, pihak pendakwaan perlu mendapatkan status alasan penghakiman dan nota keterangan daripada Mahkamah Sesyen Sepang sebelum memfailkan petisyen rayuan.

“Kami (perayu) dimaklumkan kedua-duanya belum tersedia dan kami perlu memastikan kehadiran responden (Aliff Syukri) ke mahkamah. Pegawai MCMC berjumpa responden secara fizikal dan menyerahkan empat notis kehadiran pada 3 Februari lalu.

“Mahkamah hari ini berpuas hati dan responden perlu hadir pada tarikh-tarikh akan datang,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas prosiding itu.

Sementara itu, peguam Hasshahari Johari Mawi yang mewakili Aliff Syukri berkata, serahan dokumen sebelum ini dilakukan secara tidak efektif dan sempurna pada waktu malam.

Sebelum ini muzik video lagu raya berdurasi lima minit 23 saat itu menjadi kontroversi apabila memaparkan aksi keterlaluan penari lelaki lembut yang disifatkan mencemari sambutan Aidilfitri dan mempunyai elemen lesbian, gay, biseksual dan transgender. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN