fbpx
SYED Abdullah (kiri) berpendapat tindakan wajah Bella ditutup pda potret keluarga Aliff Aziz adalah salah satu strategi pemasaran.

‘Tutup wajah Bella teknik pemasaran, sudah dirancang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial yang juga abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah menganggap tindakan keluarga penyanyi Aliff Aziz menutup wajah bakal adik iparnya, Bella Astillah dalam potret keluarga sebagai satu teknik pemasaran.

Menurutnya yang mesra disapa sebagai Space Dollah, perkara tersebut didakwa dirancangan dan bukan berlaku secara kebetulan.

“Ini sudah dirancang dan sejujurnya cara pemasaran yang bagus.

“Jika difikirkan, semua orang bercakap mengenainya dan berkongsi foto tersebut. Tiada pemasaran adalah hal yang teruk.

“Saya tak mengenalinya secara peribadi tetapi menerusi media sosial. Tidak sukar untuk mengetahui strategi pemasaran yang ‘direct’. Jaga diri semua!” katanya dalam platform Threads.

Menjawab dakwaan netizen yang melabel ibu Aliff sebagai toksik, Abdullah enggan memberi sebarang komen kerana tidak mengenali wanita itu secara peribadi.

“Saya tidak berani untuk berkata apa-apa mengenainya sebab tidak kenal ibu dia.

“Tetapi, saya mengenali Bella dan keluarga kami menyayanginya,” ujarnya.

Hari ini, media sosial kecoh apabila ibu Aliff iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad menjadi bualan ramai selepas didakwa sengaja menutup wajah Bella Astillah pada gambar yang digantung di dinding kediamannya di Singapura.

Menerusi video tersebut, Hafizah membuat ulasan mengenai beberapa kuih raya bersama Aliff dan suaminya, Aziz Sapdan.

Perkara tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati dan berang dalam kalangan peminat Bella yang menyifatkan tindakan Hafizah sebagai keterlaluan.

Bella mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 9 September 2016 namun bercerai talak satu pada 13 Jun 2024 selepas mendakwa bekas suaminya itu curang sebanyak 11 kali.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Terbaharu, pada 28 Mac lalu Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah selamat bergelar tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN