fbpx
Mohamad Diziauddin (gambar kecil) memaklumkan calon boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan masing-masing di sekolah mulai pukul 10 pagi esok atau menyemaknya secara dalam talian.

Semak keputusan SPM pukul 10 pagi esok, terima dengan pasrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – “Kejayaan atau kegagalan itu bukan ukurannya. Bagaimana kita yang bangun terus cemerlang, yang jatuh harus bangun semula.”

Demikian menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang akan memperoleh keputusan peperiksaan itu esok.

Beliau berkata, calon boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan masing-masing di sekolah mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut atau menyemaknya secara dalam talian.

“Cuma apa pun keputusannya saya harap anak murid, anak-anak kita calon SPM 2025 terima dengan pasrah. Itulah hasil usaha kita. Insya-Allah kejayaan atau kegagalan itu bukan ukurannya.

“Bagaimana kita yang bangun terus cemerlang, yang jatuh bangun semula…insya-Allah. Kita ada banyak laluan, sama ada laluan kemahiran, laluan mengulang semula SPM dan sebagainya.

“Ada banyak peluang. Ini (keputusan SPM) bukan noktah pengakhiran pembelajaran,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor di sini, hari ini. Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan bagi kesediaan pematuhan garis panduan ketika musim cuaca panas.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.

Untuk rekod, seramai 413,299 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN