fbpx
Gambar kenangan arwah Amirul (duduk tengah) dan Illyasa (berdiri tengah) di tempat kerja mereka di Shah Alam.

Arwah ringan tulang, sayang keluarga – Rakan ‘rider’ maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raya Barat di sini, semalam disifatkan individu yang ringan tulang dan begitu menyayangi keluarganya.

Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 32, yang merupakan pembantu gudang juga dikenali dalam kalangan sahabatnya sebagai seroang yang peramah dan disenangi rakan sekerjanya.

Rakan mangsa, Illyasa Saipuzzaman, 34, berkata, dia bekerja dengan arwah di sebuah gudang di Shah Alam sejak 11 tahun lalu dan menetap di perumahan sama di Ken Rimba.

“Sepanjang mengenali arwah Amirul, dia kerap mempermudahkan urusan orang lain dan menjadi orang terawal yang menghulurkan bantuan jika diperlukan di tempat kerja.

“Arwah juga amat sayangkan keluarganya termasuk tiga anak yang masih kecil. Dia mencari rezeki siang atau malam,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Illyasa, kali terakhir dia bertemu arwah rakannya itu kelmarin dan mereka berbual seperti biasa di kawasan rumah sebelum terkejut apabila dimaklumkan Amirul terlibat dalam kemalangan pada pukul 1 tengah hari semalam.

Kosmo! semalam melaporkan penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar, 30-an, maut dalam keadaan tragis apabila badannya melambung sebelum tercampak atas sebuah kereta selepas dilanggar kereta lain pada pukul 10.40 pagi.

Siasatan awal mendapati kereta Honda City yang dipandu suspek dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa yang berada di laluan bertentangan. Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah selain memandu di bawah pengaruh alkohol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN