fbpx
YUSOF (tengah) membuktikan kemampuan selepas memenangi pingat emas acara pecut C1 individu lelaki. FB ASIAN CYCLING CONFEDERATION

ACC2026: Skuad para sumbang dua lagi emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Atlet berbasikal trek para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin terus menampilkan aksi cemerlang pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 selepas memenangi acara pecut C1 individu lelaki.

Pada aksi final yang berlangsung di Velodrom Tagaytay City, Filipina hari ini, juara dunia tahun lalu itu menewaskan pelumba Arab Saudi, Abas Alhashim, sekali gus menyumbang pingat emas buat Malaysia.

Hafizi nyata berada dalam kelas tersendiri pada perlumbaan akhir itu apabila melintasi garisan penamat dengan perbezaan masa 7.557 saat (s) menerusi catatan 15.685s untuk menewaskan Abas.

Melengkapkan kedudukan podium bagi acara tersebut adalah pelumba Korea Selatan, Seok Hojin yang memastikan pingat gangsa menjadi miliknya selepas menamatkan saingan di tempat ketiga.

Sementara itu, Ahmad Zharif Ahmad Nazri turut mengikut jejak langkah Yusof apabila menyumbang pingat emas kedua pasukan negara hari ini selepas muncul juara dalam kategori C5.

Dia memastikan gelaran menjadi miliknya selepas menewaskan rakan senegara, Zuhairie Ahmad Tarmizi yang meraih perak manakala gangsa menjadi milik pelumba Jepun, Kameda Ruito. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN