PETALING JAYA – Masalah air kotor di Machang, Kelantan sejak puasa lalu dilihat masih berterusan sehingga kini sehingga menjejaskan kegunaan harian penduduk.
Dalam satu video tular dimuat naik pengguna Threads @teohwoei, menunjukkan air yang mengalir dari paip rumah penduduk dikenali sebagai Mek Ya kelihatan gelap, berbeza daripada kebiasaan.
“Raya punya pasal…dah upgrade (naik taraf) dari teh tarik kepada kopi O kaw. Semoga dipermudahkan segala urusan orang Kelantan,” tulisnya.
Menurut Mey Ya, fenomena itu berlaku sejak raya ketiga lalu dan wanita berkenaan sempat berseloroh menjemput sesiapa yang ingin merasai sendiri boleh datang beraya dan menikmati air ‘istimewa’ tersebut di rumahnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya menuntut tindakan segera piha berwajib terutama Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
“Hahaha, Kelantan punya air memang unik! Siapa nak cuba kena datang cepat sebelum habis!,” komen faridah_88.
“Macam ni lah baru raya terasa meriah, kopi O kaw paip,” selorh Nazri.
“Aja MB (Menteri Besar) datang beraya rumah, jemput minum air,” kata @c.ulat82.
“Bersabar dan tabah. Bila lah nak elok air kat negeri Kelantan ni,” luah @nescafeoais.
“Harap AKSB cepat bagi penjelasan, takut ada masalah teknikal pula,” kata Azman. – KOSMO! ONLINE














