KETIKA ramai masih berseronok menyambut hari raya, media sosial tetap terselit cerita tentang drama yang tular ketika ini, Khianat Yang Terpilih.
Dibintangi Amyra Rosli, Ben Amir, Puteri Aishah dan Ikmal Amry, naskhah 30 episod tersebut ditayangkan menerusi slot Akasia TV3.
Drama tersebut berkisarkan rumah tangga Ali lakonan Ben dengan Waheeda (Amyra) yang goyah dengan kemunculan semula kekasih lama Ali iaitu Asmida (Puteri Aishah).
Kecurangan Ali dan ketaksuban Asmida untuk hubungan terlarang tersebut membuatkan penonton meluat.
“Mendidih darah tengok Ali dengan Asmida, buat benda haram memang seronok ke?
“Harap ada ‘plot twist’ di hujung cerita, bosan kalau isteri yang tertindas asyik kena berdamai dengan takdir, biar ada balas dendam,” komen penonton.














