fbpx
Neng Istiqomah melakukan brisk walk ketika beriadah bersama ahli keluarganya di ibu negara baru-baru ini.

Seminggu naik 4 kilo, ramai kembali berjoging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas puas menikmati pelbagai juadah sepanjang hari raya, sebahagian masyarakat kini mula bersenam dan melakukan aktiviti mengeluarkan peluh apabila mendapati berat badan mereka meningkat sehingga empat kilogram dalam tempoh seminggu.

Tinjauan Kosmo! mendapati ada yang mula kembali berjoging di taman rekreasi, berbasikal serta melakukan aktiviti riadah lain sebagai usaha menurunkan berat badan selepas beberapa hari menikmati hidangan menyelerakan seperti lemang, rendang, ke­tupat dan biskut raya.

Azim Ahmad, 41, berkata, dia mula kembali melakukan aktiviti berjoging pada waktu petang selepas menyedari berat badannya meningkat hampir empat kilogram sepanjang musim perayaan.

“Sepanjang raya memang sukar untuk mengawal pemakanan kerana banyak rumah terbuka dan pelbagai hidangan yang menggoda selera.

“Selepas raya ini saya cuba kembali aktif dengan berjo­ging dan berjalan kaki sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi menurunkan semula berat badan,” katanya.

Sementara itu, Sopiah Adlin Ismail, 29, berkata, dia kini lebih berhati-hati dalam memilih makanan selain mengamalkan senaman ringan bagi memastikan berat badan kembali stabil.

Menurutnya, selain melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan secara seimbang juga penting bagi memastikan kesihatan tubuh badan sentiasa berada pada tahap baik.

“Selepas raya saya cuba kurangkan makanan manis dan berlemak selain memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan serta minum air kosong dengan lebih kerap.

“Pada masa sama saya juga cuba melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki pada waktu pagi supaya badan kembali cergas,” ujarnya.

Sementara itu, Neng Istiqomah Daim, 41, dia kembali konsisten bersenam selepas kerana mahu menstabilkan semula berat badan selain memastikan tahap kecergasan fizikal kekal baik.

Katanya, dari sudut sains kesihatan, aktiviti fizikal membantu meningkatkan kadar metabolisme badan, membakar lebihan kalori serta mengawal paras gula dalam darah yang lazimnya me­ningkat akibat pengambilan makanan berlebihan ketika musim perayaan.

“Bersenam juga membantu meningkatkan penghasilan hormon endorfin yang memberi rasa gembira, sekali gus mengurangkan tekanan dan membantu tubuh kembali menyesuaikan diri dengan rutin harian selepas musim perayaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN