PETALING JAYA – Dalam pasaran kewangan, kebanyakan trader menumpukan kepada aspek analisis kekuatan trend, arah harga dan paras utama bagi membina strategi pengurusan risiko yang berkesan.
Andaiannya mudah, jika arah ramalan tepat, dagangan akan meraih keuntungan.
Hakikatnya, terdapat banyak faktor lain yang turut mempengaruhi hasil dagangan.
Setiap kos mempunyai kos tersirat yang selalunya tidak kelihatan pada awalnya.
Spread, kelajuan pelaksanaan, komisen, slippage dan keadaan dagangan secara umum semuanya sedikit sebanyak mempengaruhi hasil dagangan.
Elemen ini jarang diberi perhatian pada peringkat awal, tetapi dari semasa ke semasa ia boleh menentukan sama ada sesuatu strategi kekal konsisten atau hilang kelebihannya secara perlahan-lahan.
Kos tersembunyi ini perlu dikenal pasti dan diambil kira bagi mana-mana trader yang ingin berdagang dengan konsisten dan berdisiplin.
Apa yang trader biasanya anggap sebagai kos dagangan
Apabila trader memikirkan tentang dan mengira kos, fokus mereka lazimnya tertumpu pada perkara paling jelas, komisen, spread yang dipaparkan, overnight swap, dan caj pembiayaan.
Kos ini jelas dan ditunjukkan secara terang-terangan dan mudah dibandingkan dengan broker lain.
Namun, ia hanya mewakili sebahagian daripada keseluruhan struktur kos.
Terdapat komponen yang lebih berpengaruh yang ada kaitan dengan cara dagangan dilaksanakan serta reaksi pasaran secara langsung, di mana berita, peningkatan volatiliti serta ketidakstabilan aliran likuiditi memberi kesan besar terhadap hasil dagangan.
Kos tersembunyi dalam setiap dagangan
Kos paling ketara adalah berkait dengan cara dagangan dilaksanakan serta bagaimana pasaran bergerak dalam masa nyata.
Semasa volatiliti atau likuiditi rendah:
- Spread mungkin melebar secara tiba-tiba
- Kelajuan pelaksanaan menjadi perlahan
- Order mungkin dilaksanakan pada harga berbeza daripada jangkaan
Situasi ini mendorong kepada slippage, perbezaan antara harga yang dijangka dan harga ketika dilaksanakan.
Sedikit perbezaan pun mampu memberi kesan.
Dalam satu dagangan, ia mungkin kelihatan tidak penting, tetapi jika terkumpul dalam puluhan atau ratusan dagangan, perbezaan itu berpotensi mengubah keseluruhan hasil sesuatu strategi.
Selain itu, keadaan likuiditi juga memainkan peranan penting.
Semasa pengumuman berita utama atau ketika sesi dagangan dibuka, harga berpotensi turun dan naik dengan mendadak antara paras tertentu.
Pada waktu sebegitu, stop-loss order dan take profit mungkin dilaksanakan lebih jauh daripada paras harga yang dirancang.
Mengapa kos ini penting untuk jangka panjang
Sesuatu strategi jarang sekali gagal hanya disebabkan oleh satu dagangan jika trader benar-benar mematuhi peraturan pengurusan risiko.
Strategi hilang keberkesanannya dan menjadi lemah apabila perbezaan kecil terkumpul, seperti komisen, volatiliti, dan spread melebar.
Ada kalanya titik entri kurang baik, kadang-kadang slippage berlaku, spread jadi lebih besar pada waktu penting dan ketika pengumuman berita ekonomi.
Faktor-faktor ini mengubah keseimbangan statistik sesuatu sistem dan akhirnya boleh menjadikan ia tidak lagi berkesan.
Dari semasa ke semasa, ia berpotensi mengubah strategi yang secara teorinya kelihatan menguntungkan menjadi strategi yang sukar bertahan dalam dagangan sebenar kerana kos luaran.
Inilah sebab mengapa trader profesional tidak hanya menilai logik dan keberkesanan strategi mereka, tetapi juga persekitaran dagangan dan keadaan pasaran pada waktu tertentu untuk menentukan keberkesanan strategi dalam tempoh sederhana lama.
Di mana trader selalu melakukan kesilapan
Ramai trader memandang ringan persekitaran pelaksanaan order dan hanya menumpukan pada faktor sampingan.
Antara kesilapan biasa adalah.
- Memilih broker berdasarkan saham, bukannya persekitaran dagangan.
- Mengabaikan kelajuan pelaksanaan order dan kualiti/kedalaman likuiditi;
- Berdagang secara agresif semasa volatiliti tinggi tanpa menyesuaikan risiko;
- Menguji strategi dalam keadaan yang tidak realistik.
Kebiasaan dalam dagangan sebegini menjadi punca hasil dagangan yang diharapkan berbeza dengan hasil sebenar.
Apa yang membentuk persekitaran dagangan
Persekitaran dagangan yang stabil terhasil daripada konsistensi dan ketelusan, sama seperti trader di JustMarkets.
Spread yang boleh dijangka membantu mengekalkan struktur strategi dengan hanya perlu melakukan sedikit penyesuaian.
Pelaksanaan yang pantas dan stabil pula memastikan titik masuk dan keluar berlaku hampir pada paras harga yang diinginkan.
Selain itu, akses kepada likuiditi yang kukuh dapat meningkatkan kualiti pelaksanaan order, terutamanya ketika pasaran sedang aktif.
Apabila semua elemen ini ditawarkan, trader boleh menumpukan perhatian pada aspek analisis dan membuat keputusan, berbanding perlu bimbang tentang pelaksanaan order.
Platform yang menumpukan aspek pelaksanaan dan ketelusan
JustMarkets menawarkan infrastruktur dagangan yang direka untuk memastikan pelaksanaan order yang jelas dan stabil, serta menawarkan pengurusan dagangan yang mantap.
Harga instrumen utama seperti XAUUSD, EURUSD, USDJPY dan GBPUSD sentiasa telus, manakala infrastruktur global yang dioptimumkan memastikan order diproses dengan pantas.
Akses kepada lebih banyak sumber likuiditi memastikan harga terus kukuh dan konsisten, walaupun ketika volatiliti di pasaran meningkat.
Hasilnya ialah satu persekitaran di mana hasil dagangan ditentukan oleh strategi dan disiplin, bukannya kos atau perbezaan tersembunyi.
Berdagang secara peka
Untuk berjaya dalam jangka panjang, trader perlu peka terhadap semua faktor yang mempengaruhi posisi dagangan mereka, termasuk faktor yang tidak begitu jelas.
Dengan memberi perhatian terhadap kualiti pelaksanaan order dan persekitaran dagangan, trader mampu menilai keuntungan sebenar mereka dengan lebih tepat.
NOTA: Kandungan artikel ini hanya bertujuan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai tawaran menjual dan membeli sebarang instrumen kewangan. Dagangan instrumen kewangan adalah rumit dan berisiko tinggi untuk menanggung kerugian besar dalam masa singkat disebabkan oleh leveraj.














