fbpx
RAFAELSON (tengah) bakal mengetuai jentera serangan Vietnam untuk menggempur kubu Harimau Malaya pada Selasa ini.

Vietnam masih bengang, mahu balas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUA pemain naturalisasi Vietnam kelahiran Brazil, Rafaelson dan Hendrio Araujo sedia menggempur benteng pertahanan Harimau Malaya menjelang aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nam Dinh, Selasa depan.

Sebagai rekod, Vietnam terdesak untuk membalas dendam ke atas Malaysia selepas tewas 0-4 pada aksi kelayakan tahun lalu walaupun sudah mengesahkan status selaku juara Kumpulan F sekali gus layak ke pentas Piala Asia tahun depan.

Meskipun kemenangan Malaysia tidak diiktiraf kerana menurunkan pemain tidak layak hingga Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Vietnam, pasukan kendalian Kim Sang-sik itu dilihat masih tidak berpuas hati.

Malah, mereka memanggil barisan pemain terbaik termasuk Rafaelson dan Araujo selain tiga lagi pemain berdarah kacukan, Filip Nguyen, Dang Van Lam dan Jason Pendant.

Araujo yang berjaya menjaringkan enam gol dalam 10 perlawanan liga bersama kelab Hanoi musim ini mengakui tidak sabar untuk membantu pasukan melakar kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Ini seperti mimpi menjadi kenyataan. Ia peluang untuk saya membalas sokongan rakyat Vietnam selama ini.

“Menyarung jersi kebangsaan adalah satu penghormatan besar dan saya bersedia memberikan segala-galanya,” kata pemain berusia 31 tahun itu yang kini dikenali sebagai Do Hoang Hen.

Vietnam ketika ini masih kebal apabila tidak tewas kepada Malaysia dalam sebarang perlawanan rasmi dengan kali terakhir Harimau menang ke atas Vietnam ialah pada separuh akhir Piala AFF 2014, dengan kemenangan 4-2 di Stadium My Dinh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN