Ismail Hassan menyusun pemetik api yang dikumpulnya untuk dijadikan hiasan pada dinding kediaman yang terletak di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu semalam.

4,000 pemetik api hiasi dinding rumah Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pemetik api terpakai mungkin tidak berharga bagi kebanyakan orang, namun seorang lelaki warga emas mampu menukarnya menjadi dekorasi dinding rumah yang indah dan unik.

Idea kreatif Ismail Hassan, 71, dalam menghias dinding rumahnya di Kampung Kuala Bekah di sini, dilakukan sejak tiga tahun lalu menggunakan lebih 4,000 pemetik api terpakai.

“Saya mempunyai banyak pemetik api terpakai yang tidak lagi digunakan setelah gasnya habis dan mula mendapat idea untuk memanfaatkannya sebagai hia­san pada tahun 2023.

“Idea ini tercetus hasil daripada inspirasi daripada Rumah Botol, Setiu yang menggunakan botol kaca terpakai sebagai hiasan,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Bekah di sini semalam.

Ismail berkata, kebanyakan pemetik api terpakai yang dikumpulnya itu dikutipnya di sekitar bandar raya ini.

“Ramai juga kenalan menyumbang pemetik api terpakai mereka apabila mengetahui hobi saya. Hampir semua pemetik api yang dikutip bukanlah jenis eksklusif yang biasanya disimpan, sebalik­nya cuma jenama biasa dan murah,” katanya.

Ismail berkata, dia menggunakan teknik memasang dawai pada dinding rumah sebelum mengikat pemetik api terpakai menggunakan tali tangsi.

Menurutnya, teknik tersebut bukan sahaja menjadikan dekorasi pemetik api terpakai tersebut menjadi lurus, malah mudah ditukar baharu apabila dikehendaki.

“Kerja-kerja menghias dinding rumah dengan dekorasi pemetik api ini masih belum selesai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN