fbpx
JDT berjaya melakar sejarah mara ke pentas suku akhir ACLE, musim ini.

JDT didenda oleh AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) dikenakan denda sebanyak AS$6,125 (RM24,100) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan kesalahan ketika aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) menentang  Sanfrecce Hiroshima bulan lalu.

Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC dalam satu kenyataan memaklumkan, denda itu dikenakan selepas enam kad kuning dilayangkan oleh pengadil perlawanan dalam aksi tersebut kepada barisan pemain Harimau Selatan.

“JDT diarahkan membayar denda sebanyak AS$6,125 kerana melakukan kesalahan di bawah Artikel 53.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC yang dibaca bersama Artikel 3.1 Pekeliling Disiplin AFC bagi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit 2025/26.

“Denda tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan ini dimaklumkan selaras dengan Artikel 11.3 kod berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Badan induk bola sepak Asia itu turut menjelaskan bahawa ia merupakan kesalahan keempat dilakukan oleh JDT dalam tempoh residivisme (pengulangan kesalahan sama) yang membawa kepada jumlah denda berkenaan.

Pada aksi peringkat liga ACLE berlangsung di Jepun pada 10 Februari, JDT tewas 1-2 kepada Sanfrecce tetapi kekalahan itu tidak menjejaskan momentum Harimau Selatan yang kini layak ke pusingan suku akhir.

Ini kali kedua JDT dikenakan denda selepas AFC turut mengarah JDT bayar AS$5,000 (RM20,000) selepas didapati gagal menyediakan ‘Clean Stadium’ di tapak latihan rasmi bagi perlawanan ACLE menentang kelab Jepun, FC Machida Zelvia, 30 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN