fbpx
Tangkap layar video menunjukkan gadis itu membawa beg plastik jernih yang dipenuhi duit raya. - TikTok

Budak perempuan dapat duit raya penuh beg plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam membawa  beg plastik dipenuhi duit raya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku semasa sambutan Aidilfitri,  baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @faktalubuklinggau menunjukkan anak gadis itu memasuki sebuah kedai serbaneka sambil membawa beg plastik jernih. 

Apa yang menarik perhatian adalah beg plastik tersebut digunakan untuk menyimpan duit raya yang diterimanya. 

Wang tersebut bernominasi antara 1 juta rupiah (RM234), 100,000 rupiah (RM23), 50,000 rupiah (RM12), 5,000 rupiah (RM1) dan 2,000 rupiah (RM0.46). 

Rakaman itu mencatatkan lebih 14,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Budak tidak boleh bawa duit sebanyak itu, bagi saya simpankan,” kata seorang netizen. 

“Kenapa duit raya saya tidak sebanyak itu?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN