fbpx
Vijaya bersama semua penerima sijil dan tetamu pada program di Kapar, Klang. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

Insiden gaduh: Balai Polis Meru laksana sistem loceng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sistem loceng kini dilaksanakan di Balai Polis Meru sebagai langkah keselamatan bagi mengehadkan akses kemasukan orang ramai selepas pukul 12 tengah malam susulan insiden pergaduhan di balai tersebut awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pendekatan itu sebenarnya telah diperkenalkan lebih awal sebagai langkah pencegahan sebelum tercetusnya insiden tular di balai berkenaan.

Katanya, balai polis itu terletak di deretan kedai dan tidak berpagar sekali gus memerlukan kawalan tambahan terutama pada waktu lewat malam.
“Pintu utama balai akan ditutup selepas tengah malam dan individu yang ingin membuat laporan perlu menekan loceng bagi mendapatkan akses masuk.

“Kita juga menempatkan sekurang-kurangnya dua anggota selain memantau menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV),” katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di Kapar di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan insiden pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Balai Polis Meru pada 2 Mac lalu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan di sebuah tapak perumahan.

Susulan itu, seramai lapan lelaki berusia 28 hingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Kesemua mereka saling mengenali antara satu sama lain dan mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN