fbpx
SERAMAI lima anak kapal warga Thailand cedera selepas kapal kargo dinaiki mereka terbakar di bahagian rumah masak di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi pagi semalam. - Foto IHSAM APMM

5 warga Thailand cedera, dapur kapal terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seramai lima anak kapal warga Thailand cedera selepas kapal kargo yang mereka naiki mengalami kebakaran di bahagian rumah masak ketika berada di perairan Tanjung Sedili di sini pagi semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 10.20 pagi di kedudukan kira-kira 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, bagaimanapun tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan mereka dalam satu operasi pemindahan perubatan (medevac).

“Kesemua lima kru lelaki berusia antara 25 hingga 61 tahun itu mengalami kecederaan melecur, dengan sebahagian daripadanya dikategorikan sebagai serius.

“APMM telah menjalankan penilaian awal di lokasi sebelum melaksanakan operasi medevac bagi membawa kesemua mangsa ke daratan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI