fbpx
Anggota pasukan Carilamat melakukan selaman skuba mencari Peng Hoong di sekitar perairan Pulau Tenggol, Dungun semalam.

4 hari tiada petunjuk, operasi cari Peng Hoong ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang penyelam skuba yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol, dekat sini sejak Sabtu lalu ditamatkan hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, pencarian Tan Peng Hoong, 66, sejak empat hari lalu gagal menemui sebarang petunjuk.

“Pasukan Carilamat terdiri daripada pelbagai agensi dengan dibantu sukarelawan telah melakukan pencarian termasuk secara selaman skuba di lokasi terlibat berdasarkan pergerakan arus serta faktor cuaca.

“Begitupun tiada sebarang petunjuk untuk mengesan mangsa (Peng Hoong) ditemukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Online Sabtu lalu melaporkan warga emas itu dipercayai hilang ketika melakukan selaman skuba bersama anaknya pada pukul 4.30 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI