MUTAKHIR ini kenaikan harga minyak dunia mula memberi dampak ketara. Ia sekali gus mengakibatkan kos bahan api domestik turut meningkat. Dua hari sebelum lebaran harga diesel negara naik mencanak kepada RM4.72 seliter. Di Semenanjung, harga diesel diapungkan kepada harga pasaran lebih tinggi berbanding pengguna di Sabah, Sarawak dan Labuan yang masih menikmati harga subsidi RM2.15 seliter. Kerajaan bertujuan meringankan beban kos sara hidup dan logistik yang tinggi di kawasan tersebut. Pening kepala beraya dalam cuaca panas lebih hangat pijar lagi……














