fbpx
Aliran trafik bergerak perlahan dari Bandar Utama menuju ke bandar Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

Orang Kelantan dah habis beraya ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Trafik bergerak perlahan sejauh kira-kira 20 kilometer menuju ke bandar Gua Musang hari ini susulan pertambahan kenderaan yang melalui Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini.

Keadaan itu mengakibatkan pengguna jalan raya dari arah Kuala Krai terpaksa menempuh perjalanan sehingga lebih tiga jam untuk tiba di Gua Musang.

Seorang pengguna jalan, Khairil Rashid, 45, berkata, kenderaan tidak putus-putus melalui laluan utama Gua Musang-Kuala Krai sejak awal pagi apabila perantau pulang ke destinasi masing-masing selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, dia memilih untuk pulang ke Kuala Lumpur hari ini kerana akan kembali bekerja esok.

Mohd. Zakaria Ariffin, 38, pula berkata, dia turut menempuh kesesakan jalan terutamanya di Bandar Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

“Kami menjangkakan akan sampai di Kuala Lumpur lewat petang ini atau malam kerana saya mendapat tahu kenderaan menghala ke Lembah Klang semakin bertambah. Keadaan trafik sekitar daerah Gua Musang masih lancar walaupun trafik perlahan terutamanya di Bandar Utama yang menuju ke Bandar Gua Musang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, masih banyak kenderaan perantau menuju ke Gua Musang dan orang ramai dinasihatkan untuk terus merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI