fbpx
Tangkap layar gambar hantaran pengguna di media sosial berkenaan dengan seekor anak kucing yang bersendirian di kawasan MRT Putrajaya semalam.

Netizen berebut ‘rescue’ Oyen cilik MRT Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehadiran seekor anak kucing berwarna oren yang lazimnya digelar Oyen di Stesen MRT Putrajaya telah mencetuskan ‘perebutan’ dalam kalangan pencinta si bulus semalam.

Menerusi hantaran pengguna @eirajohn di media sosial semalam, haiwan itu dilihat merayau bersendirian dan cuba mengejar orang ramai di kawasan berkenaan dipercayai kerana tersesat atau ditinggalkan.

“Siapa yang mencari kucing atau cat lovers (pencinta kucing) yang nak tambah bela kucing, cuba ambil anak kucing ini dekat MRT Putrajaya. Kesian dia kejar orang, sesat mungkin,” katanya.

Tambahnya, dia berjaya menenangkan anak kucing tersebut setelah mengusap kepala dan terpaksa meninggalkannya kerana mahu menaiki tren.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata orang ramai menawarkan diri untuk mengambil si ‘Oyen’ untuk dibela meskipun ada yang tinggal berjauhan.

“Sesiapa boleh ambilkan dulu, kemudian hari Rabu saya ambil dekat rumah you (anda). Saya jauh di Perak,” kata Nika_lucki.

“Ala saya dekat Selayang, jauh. Macam mana ya nak suruh servis penghantaran haiwan atau e-hailing ke?,” kata pengguna lain.

Dalam pada itu, terdapat segelintir orang ramai meluahkan rasa kesal sekiranya ada pihak yang membuang haiwan peliharaan di tempat awam tanpa memikirkan keselamatan nyawa si kecil berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI