fbpx
BOLA api tercetus ketika Israel membedil Jambatan Qasmiyeh di selatan Lubnan semalam. – AFP 

Penaklukan Lubnan bermula, Israel letup jambatan Litani 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIRUT – Tentera Israel meluaskan serangan darat ke atas kumpulan Hezbollah selepas menyerang sebuah jambatan utama menghubungkan selatan Lubnan dengan seluruh negara berkenaan semalam, lapor laman berita Arab News.

Rejim Zionis memusnahkan semua jambatan dan lintasan di Sungai Litani serta merobohkan rumah penduduk berhampiran sempadan selatan Lubnan.

“Operasi menentang Hezbollah baru sahaja bermula. Ini adalah operasi berpanjangan.

“Kami  bersiap sedia meneruskan operasi darat mengikut rancangan yang teratur,” kata Leftenan Jeneral Eyal Zamir petang semalam.

Presiden Lubnan, Joseph Aoun, membantah keras pemusnahan jambatan tersebut bersama serangan Israel lain ke atas infrastruktur awam di selatan negara itu.

“Serangan ini menandakan peningkatan bahaya dan pencabulan terang-terangan kedaulatan Lebanon dan permulaan kepada pencerobohan darat,” kata Aoun.

Pemusnahan jambatan dan rumah menandakan peningkatan ketara kempen ketenteraan Israel di Lebanon. Tel Aviv  melancarkan perang serantau pada 2 Mac lalu apabila Hezbollah membedil wilayah Israel.

Serangan Israel ke atas Lebanon membunuh lebih 1,000 orang, termasuk hampir 120 kanak-kanak, 80 wanita dan 40 anggota perubatan, demikian menurut kementerian kesihatan Lubnan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN