fbpx
Anggota APMM sedang melakukan Operasi Carilamat Peng Hoong di perairan Pulau Tenggol, Dungun hari ini.

Penyelam skuad dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas melakukan selaman skuba di perairan Pulau Tenggol dekat sini hari ini.

Mangsa, Tam Peng Hoong, 66, dikhuatiri hilang sewaktu melakukan selaman skuba di perairan berkenaan pada pukul 4.30 petang.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan melakukan aktiviti air tersebut bersama salah seorang anaknya.
“Anak lelaki warga emas itu dikatakan telah timbul ke dasar laut setelah lima minit melakukan selaman.

“Mangsa pula tidak timbul-timbul walaupun selepas sejam anaknya menunggu,” katanya di sini hari ini.

Abdul Halim berkata, Operasi Carilamat telah dilancarkan Maritim Malaysia (APMM) dengan Bot Penggalang 16 telah digerakkan ke sekitar lokasi kejadian.

Beliau berkata, setakat ini, Peng Hoong masih belum ditemui dan operasi mencarinya akan diteruskan esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI