fbpx
Tangkap layar video menunjukkan Emi didukung seorang pegawai polis baru-baru ini. - Lambe Turah

Wanita hamil mengidam didukung polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian orang ramai kerana mengidam didukung oleh pegawai polis beruniform, lapor portal berita Lambe Turah. 

Emi dan suaminya, Wildan tiba di Ibu Pejabat Polis Sukatani sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan),  baru-baru ini. 

Emi kerap menangis sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana keinginannya untuk digendong oleh pegawai polis masih belum terlaksana, menyebabkan dia dibawa ke balai polis. 

Timbalan Ketua Polis Sukatani, Inspektor Rasman menunaikan permintaan mereka dan segera mendukung Emi. 

Ketua Polis Metro Bekasi, Pesuruhjaya Kanan Sumarni menegaskan bahawa perkhidmatan awam mesti mengutamakan empati dan tindak balas pantas kepada keperluan penduduk. 

“Kami berusaha untuk membantu masyarakat selagi ia tidak melanggar peraturan dan kekal dalam had yang munasabah,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN